Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam
syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik
perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat
orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau
tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan
beliau, CEO tadi pun mula berkata
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi
jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk
bekerja di sini ”
“Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang
paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata ” FIKIRAN , kerana kadang
ianya datang sendiri tanpa kita sedari”
“Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi.
” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.
“KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum
sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip ” jawab calon kedua.
“Satu jawapan yang sangat baik , lagipun
perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata
CEO itu.
” Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon
ketiga.
“Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan
pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah
paling pantas” jawab calon ketiga.
“Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula
dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan
merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya
dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
” Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum
saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT ”
jawab calon keempat dengan yakin sekali.
“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius
langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO
terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
“Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di
tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR
, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah”
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru
syarikat berkenaan.
No comments:
Post a Comment