Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia
yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak
dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan
mereka secara serentak…….Maka sedih bercampur gembira menyelubungi hati dan
perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat
dilangsungkan. Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan
madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas
berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian
mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan,
ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat
menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju
degan cadangan tersebut.
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah
tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang
pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan “Nescafe” yang tertera. Si ibu
yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak
iklan “Nescafe” di akhbar yang berbunyi “Nikmatnya tak terhingga“,
maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan…..
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima
sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya
berbunyi ” Standard Chartered Bank”. Apabila disiasat dengan lebih lanjut,
iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud “Besar, Teguh dan Peramah“,
maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut….
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan
berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka
menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir
dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat
dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan “MAS”.
Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama
sangat untuk menulis perkataan “MAS” namun setelah membaca iklan MAS di surat
khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi,”Tiga
kali sehari, tujuh hari seminggu…“
No comments:
Post a Comment