Pak Johan adalah seorang penduduk sebuah pondok
di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang
bernama Enot telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.
Pak Johan yang berusia menjangkau empat puluhan
telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi
ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Johan pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu
secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan
Pak Johan begitu cintakan isterinya.
Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, “Awak
ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana
tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu.” Pak Johan menjawab, “Sebenarnya
sebelum Enot hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan
kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya
tumbuh dahulu.“
“Oleh yang demikian saya terpaksa siram
kuburnya supaya rumput cepat tumbuh…“
No comments:
Post a Comment